Saturday 17 May 2014

Pengalaman Interview (part 2)

Salam semua, ni sambungan entry part 1 ye kawan2..

Selesai je interview untuk kerja Citibank tu balik rumah je mommy rasa frust.Frust sbb mommy tak jumpa jawatan yang mommy nak.Mommy selalu berangan nak kerja yang tak payah susah2 nak pegi inspection mcm buat valuation tu.Mommy tak nak keje buat report valuation.Sori ye kawan2, mommy tak kata kerja valuation tak best tapi baru2 ni mommy baru realised yg buat keje valuation ni best.Dah 6 tahun berlalu baru mommy tau tak semua keje kat tempat corporate tu indah belaka.Benefit memang bagus utk most of the corporate company.Tapi dalam dunia ni mana ada sempurna kan? Mesti la ada cacat2 here and there. Okay, berbalik pasal interview Citibank, mommy tunggu je kot2 ada call dari Kelly company tu whether berjaya or not.At the same time, mommy dapat call yg mommy dapat keje marketing kat area pelangi tu.Tapi again, mommy tolak jugak.Masa ni mama betul2 bengang ngan mommy sbb selalu sangat memilih. At last, Kelly tu call jugak dalam masa kurang sehari cakap yang mommy punya result bakal tau esok or lusa nya.Part ni mommy memang dah tawar hati pon nak join Citibank tu sbb keja tu kena cakap english.Mommy punya english masa tu boleh bagi rate 7.5 la.. (tak bape confident)..

Last option, masa tu mommy dah give up cari keje (padahal baru 2 minggu menganggur je pon) tapi macam rasa 2 bulan tak ada keje..eheh..kebetulan mommy tengah main Friendster..dulu fames friendster ni sebelum ada facebook, ada la sorang senior mommy dulu dia message kat mommy tanya nak kerja ke tak? Of course mommy nak sebab dia cakap kerja ni under Hong Leong Financial Group. Dia bagi email HR kat mommy suruh sumbit resume.Mommy pon hantar la resume kat email HR tu.Ntah apa mommy goreng dalam email tu pon mommy dah lupa.Tapi memang jual diri la orang kata.Harapan tu ada sikit2 tapi mommy tak 100% yakin nak dapat. Nak dijadikan cerita, masa tu hari rabu, mommy dapat call yang mommy berjaya dapat keja Citibank tu.Okay, masa ni dah teruja sbb nak keja kan..jadi mommy paksa diri amik jela keje ni.Pastu orang tu suruh bukak akaun nak masuk gaji kat public bank.Mommy pon pegi public bank.Tengah2 bukak akaun tu dapat call dari HLFG tu suruh attend interview isnin.Masa ni mommy dah keliru nak pegi ke tak.Buku akaun dah siap ni.Mommy kelam kabut call mama tanya nak pegi ke tak sbb keje ni kat KL.15 minit je mommy pikir, pastu mommy decide tolak Citibank and pegi KL.

Walaupon tak tau dapat ke tak, mommy nekad nak pegi jugak.So, mommy pack baju untuk 1 week nak pegi interview.Okay, part yang ni nanti mommy sambung lain entry yela.Kenangan interview ngan Hong Leong ni la yang paling tak boleh lupa sbb mommy keje paling lama kat sini nak masuk 6 tahun.. (byk best moment la kat sini..kalau sambung taip ada yang nangis ni..huhu..) 

So..setakat ni pengalaman interview yang penah mommy attend lepas habis exam digree 2008.In syaa Allah, entry yang akan datang nanti mommy update lagi ye..

No comments:

Post a Comment