Monday 19 May 2014

Indahnya menjadi seorang 'Mommy'

Perasaan mommy masa mula-mula dikhabarkan mengandung adalah terlampau gembira. Ya, gembira sebab Allah memberi kita suatu rezeki yang tak terhingga nilainya. Mommy akui my first trimester went very bad..urm..tak tau la kan pada ibu-ibu diluar sana kerana masing-masing ada pengalaman sendiri bukan? Ada yang selera makan okay, ada yang tidak. Ada tu suami pulak yang macam mengandung.Macam-macam kan? Bagi pengalaman mommy masa pregnant anak pertama dan kedua tak banyak bezanya. Tapi benda yang sama ialah mommy tetap ada masalah kurang selera makan. Sebelum pregnant berat badan 55kg. Overall kenaikan berat mommy masa pregnant anak first tak sampai 4kg pon. Perut mommy pregnant 9 bulan pon macam 7 bulan je. Kecil? Errmm..ye..semua orang yang berada dikelilingi mommy rata-rata kata perut mommy kecil. Tapi Alhamdulillah, walaupon perut kecil, bayi nya sihat. Sepanjang mengandung anak sulung ni, mommy memang ada sindrom morning sickness yang melampau.Kadang-kadang boleh panggil night sickness pon sebab dia punya loya sampai ke malam. Penat je makan beriya-iya, akhirnya semua ke toilet jugak. Pernah tu tak sempat ke toilet, mommy dah selamat buang kat depan pintu je.

Persiapan Untuk Bersalin

Okay, persiapan nak bersalin ni mommy memang bulat-bulat follow my sister punya persiapan je. To be honest, mommy memang malas membaca and buat my own research and findings pasal nak jadi ibu especially part nak BF baby bagi ibu bekerjaya ni masa pregnant my first baby. Mommy macam tak ada mood time pregnant tu sebab mommy keep on thinking of my husband yang jauh di Miri. Mommy time pregnant selalu terbawa-bawa emosi yang entah apa-apa tu. Padahal bukannya suami susah nak balik pun. Akhirnya, atas desakan and support from my sister, mommy pun buat jugak my own preparation sikit-sikit. List ni mommy baca dekat satu blog ni, tapi mommy lupa dah kat mana. Kalau bakal-bakal ibu dah nak bersalin pastikan barang-barang yang dibawa disimpan dalam beg ye (lebih elok sebulan awal dari due date bersalin). Yang penting barang-barang ibu dan baby tu dibuat senarai dan tick (macam ala-ala checklist) in case takut tertinggal nak masuk dalam beg.

Barang-barang Untuk Mommy

  1. Baju, nursing bra, kain batik (2 atau 3 helai or more kalau nak especially kain batik in case darah banyak keluar)
  2. Tuala
  3. Maternity Pad (bawa lebih sikit. Mommy dulu bersalin hospital kerajaan so biasa nya memang tak de nak bagi pad lebih ni)
  4. Toiletries (Berus gigi, ubat gigi, shower bath, shampoo, perfume, sikat rambut, getah rambut etc)
  5. Disposable panties (mommy pakai disposable senang nak buang sebab darah ni susah nak hilang kalau dah ter'overflow')
  6. Selipar (nak masuk toilet senang or nak jalan-jalan around the wad..ehehe..mommy dulu suka jalan-jalan around the wad masa anak first and second ni..buat hilang boring :p)
  7. Cermin (ni penting..nak jugak tengok muka senonoh ke tak pas bersalin..ehehe)
  8. Extra plastic untuk baju-baju nak bawa balik basuh lepas discharge from hospital
  9. Extra tudung (mommy bersalin anak no.2 pakai tudung so masa tunggu nurse nak jahit, mommy muntah.Pastu mommy tak bawa extra tudung. Sepanjang kat wad tu mommy pakai anak tudung..aurat dah habis la time ni. Terukkan?huhuhu)
  10. Baju sejuk in case hospital punya aircond sejuk
  11. Phone and charger
  12. Botol air
  13. Buku / Majalah (kalau boring la.Tapi yang ni optional pasal mommy lagi suka berjalan kat dalam wad kalau boring-jangan ikut perangai mommy ni part yang berjalan tu ye. Ibu lepas bersalin digalakkan berehat sebenarnya)
  14. Sapu tangan (nak lap muka ke apa ke..senang..)
  15. Tissue paper (yang roll tu..nak lap bahagian sulit wanita especially kalau yang bersalin normal)
Barang Untuk Baby

  1. Baju & Seluar (2 or 3 helai)
  2. Tuala baby
  3. Booties, mittens & barut 
  4. Toiletries baby (minyak yuyi, vicks, bedak etc)
  5. Kain bedung baby (2 or 3 helai)
  6. Pampers (5 or more, tengok hospital kadang-kadang tak provide tapi kalau swasta rasanya macam ade bekalkan)
    1. Topi (penting masa discharge dari hospital takut panas ke apa..)
    List ni mommy buat based on my own experience dulu. Kalau ada mommy kat luar sana rasa macam tak lengkap, boleh la ditambah sendiri :)

    My best moment EVER!

    Sebelum mommy nak bersalin, ramai kawan-kawan office share experience mereka masa delivery. Hurm, yang ini memang betul-betul moment yang sangat-sangat indah. Kalau diingat balik memang kenangan yang tak boleh mommy lupakan sampai bila-bila. Hari mommy nak bersalin tu, mommy takut mommy overdue, tapi mommy semingggu awal pon bersalin anak pertama ni. Mommy risau sebab mommy dah ambil cuti awal (kena tolak cuti tahunan pulak tu. Ceh!) And then suami pon dah balik awal nak temankan mommy bersalin. Tapi akhirnya mommy start rasa contraction tengah malam hari Rabu. Mommy perasan dah ada tompokan darah sikit kat panties. Tapi contraction dia sangat mild. So mommy decide, esok pagi Khamis la we all ke hospital. Part ni mommy dah buat satu rumah kecoh sebab mama dah tak keruan nak dengar anak dia dah nak deliver-padahal belum lagi pon..ehehe..) Habis satu rumah, kena kasi gegar bangun siap suami pon tertidur kat sofa ruang tamu sebab nak jaga-jaga kot2 dah nak bersalin.

    Somewhere nak tengahari, barula mommy nak gerak ke hospital. Mommy pilih nak bersalin di government hospital sebab suami memang kerja government. Masa dekat bilik saringan, mommy dah bukak 4 cm, so terus kena masuk labour room. Boleh katakan dekat 6 jam mommy tunggu dia nak bukak sampai 10 cm. Sakit? Of course la sakit, sakit dia macam period pain tapi ganda 1000 kali la. Heheh..Mommy agak bising dalam labour room tu. Sian suami, penat tenangkan mommy. Tapi sebab terlampau sakit, so memang tak dapat nak buat apa. Doa yang my sister bagi suruh amalkan pun mommy tak dapat nak baca sebab contraction dia melampau sakit. Mommy just sebut "Allah" banyak kali. Masa dah tau baby dah nampak kepala, dalam labour room tu ramai la nurse dan doctor yang bantu. Garang jugak dorang2 ni sebab maybe dorang tengok mommy dah macam tak bermaya jek..lagi tak bermaya, lagi dorang ni bagi support ala-ala tentera. Akhirnya, my first baby pon keluar around 8.10 pm Khamis on 12 Jan 2012 (nice date kan?) Labour room pun no.12 jugak :)

    Seperti yang dah dijangka, is a baby girl. Mommy sangat teruja..Terkejut mommy lepas doctor sambut baby tu and letak dia kat perut mommy, mata baby bukak besar.Hehe..mata besar ikut mommy..Baby tak berat sangat pon dalam 2.95kg je, tapi overall dia sihat. Suara dia mula-mula dengar kalau part yang menangis pun agak kuat la. Masa tu mommy dah risau nape la die ni kalau menangis satu macam kuat dia..ni la cabaran yang mula-mula mommy perasan for my first daughter. 

    Mommy discharge from hospital sehari je pon lepas bersalin. Mommy mengaku, time sampai rumah mommy dah start rasa letih. Baby tak menyusu sampai hari ke tiga. Pastu baby pon kena jaundice. Nasib baik tak lama jaundice tu. Dalam kurang 12 hari baby dah takda jaundice. Ni pon thanks kat my sister sebab dia bagi susu perahan dia kat my baby. In fact, anak no.2 ni my sister still bagi susu dia kat my baby masa pantang. My sister memang banyak susu badan ye.heheh..rezeki la katakan..Pengalaman bagi BF kat my first baby memang dikatakan haru..haru sebab susu tak banyak keluar..hasilnya baby lapar dan menangis teruk. Pastu mommy ni dah la tak ada membaca sangat cara-cara dan teknik BF yang betul, so susu ni macam ado takdo yo..Frust? Of course la..Pulaknya mommy masa berpantang tak lalu nak makan. So ni akan effect susu kita ye ibu-ibu. Seelok-eloknya ibu yang berpantang dan menyusu kena makan gizi seimbang. Kalau tak, macam mana nak produce banyak susu? Yang ni mommy memang menyesal sebab my first baby menyusu direct sampai 6 bulan je. Tapi ikutkan masa baby 3 bulan, mommy dah campur formula masa nak hantar nursery. 

    Banyak yang mommy belajar masa berpantang anak pertama ni.Kat sinila orang panggil pengalaman banyak mengajar kita. Kalau mommy nak turn back time, mommy nak pusing masa part yang berpantang baby first sebab baby masa tu kuat menangis sebab mommy agak yang mommy tak buat teknik BF guna cara lekapan yang betul, pastu mommy selalu tengok jam bile BF kan baby. Tips yang paling penting kat sini bila BF baby, ibu-ibu jangan tengok jam bila baby nak habis menyusu. Ibu kena biar baby yang lepaskan puting tu sendiri. Akibatnya bila asik tengok jam, ibu akan rasa nak habiskan sesi menyusu dengan cepat dan akhirnya baby tak puas menyusu dan dia akan menangis. Yang ni mommy selalu kena sebab mommy tak sabar-sabar nak habiskan sesi menyusu. Menyusu kena tenang, sabar dan mesti fikiran positif. Apa yang boleh mommy simpulkan kat sini, bila nak menyusukan baby mesti amalkan perkara ni:

    1. Amalkan makanan seimbang
    2. Tenang kan fikiran dan positif minda
    3. Jikalau perlu kan suplimen untuk kesihatan, sila jangan abaikan pengambilan suplimen
    Ini melalui pengalaman mommy la. Mommy tak pasti ibu-ibu yang lain macam mana. Mommy sekadar berkongsi pengalaman :)

    Apa yang pasti, mommy bangga dikurniakan 2 anak perempuan. This is my best moment ever - being a mommy. Indahnya bila anak mula panggil nama kita 'mommy'.Mommy pasti, semua ibu kat luar sana mesti bangga bila pengorbanan yang kita hadapi samada susah atau senang selama proses mengandung, bersalin dan menjaga anak ketika sihat dan sakit berbaloi jua. 

    Salam sayang dari Mommy.Jumpa di entry yang akan datang pasal cabaran menjaga anak pertama :)
     
    My darling Qhaireen - 4 months old

    No comments:

    Post a Comment