Sunday 1 June 2014

My Breastfeeding Journey with Shaklee

Entri kali ni mommy nak share pasal my breastfeeding journey untuk baby no.2.
Syukur Alhamdulillah, baby Dhia masih lagi menyusu direct walaupon next month Dhia dah nak masuk 11 bulan...
Kejap je kan masa berlalu...

Mommy akui susu mommy memang tak semeriah mana pon. Stok simpanan susu pon dah tak ada dalam peti sejuk. Mommy masih lagi mengepam di office 2 kali sehari...Hasil perahan tu la yang mommy bagi kat Dhia untuk bekalan di nursery.

Kali ni mommy nak share tips untuk ibu-ibu yang kat luar sana yang rasa susu badan makin lama makin kurang tapi masih lagi semangat nak BF kan baby.

Setiap orang Allah bagi rezeki kat hambaNya lain-lain kan. Macam mommy ni memang mommy perasan yang mommy ada masalah fussy-eater dari kecik lagi pon. Mommy memang akan memilih makan. Mommy tak makan sangat ikan, air suam pon kadang-kadang minum, kadang-kadang tak, sayur dan buah-buahan pon mommy jarang ambil.Mommy suka junk food, roti, pasta,mee..kalau tengok mommy punya food pyramid memang lansung tak seimbang, mommy suka ayam (bahagian kepak selalunya) dan mommy paling suka minum Milo. Kalau tanya mama mommy, memang mommy cerewet bab makan ni...tu dah jadi satu kebiasaan..paling teruk, kalau stress mommy tak ada selera makan.

Masa remaja pon berat badan mommy cuma 40 kg sahaja..kira ni underweight la sebab tinggi mommy 158 cm..so memang BMI tak okay..bila dah berkahwin dan mengandung, mommy cuma naik overall 3.7 kg sahaja sebab morning sickness terlampau teruk...Masa berpantang berat mommy 50kg. 

Mommy pernah story dulu yang mommy ada masalah kekurangan susu badan masa lahirkan anak pertama kan? Ye, jawapan paling simple kenapa kurang susu badan salah satu sebab dia ialah mommy punya diet pemakanan lansung tak seimbang, kurang minum air dan faktor emosi jugak...

Akhirnya mommy nekad nak ambil set menyusu shaklee dari seorang kawan mommy ni. Dia siap datang rumah melawat mommy berpantang...Mommy nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia sebab die kenalkan produk ni kat mommy. Masa mula-mula ambil set menyusu ni biasala ada perasaan negatif sebab takut susu still tak banyak lagi.. Tapi Alhamdulillah bila mommy ambil set menyusu shaklee ni memang tahap selera nak makan semakin baik, at the same time susu badan semakin banyak, susu badan jadi lebih pekat. Kalau dulu mommy pam susu dalam masa 30 minit boleh dapat 1 oz je, tapi ni kalau pam 30 minit dah boleh dapat 5 oz...

Syukur Alhamdulillah, mommy dah ada selera makan, mommy dah start ambil makanan yang seimbang i.e ikan, sayur-sayuran, minum air lebih dari 8 cawan sehari lepas tu badan mommy yang selalu keletihan dah tak ada lansung. Ni testimoni mommy yang mommy rasa nak sangat-sangat share dan bantu ibu-ibu yang ada masalah sama dengan mommy.

Nak tau dalam set menyusu shaklee yang mommy order mula-mula apa..

Esp + Alfalfa

Suplimen dua ni sahaja dah okay :)

Buat pengetahuan kawan-kawan semua, mommy still lagi menyusu kan Dhia. Mommy masih lagi mengepam di office (walaupon kadang-kadang sibuk) ..ehehe..

Okayla, setakat ni saja entri mommy. Kalau kawan-kawan kat luar sana ada pertanyaan or sebarang keraguan pasal produk shaklee terutamanya set menyusu ni boleh la tanya kat mommy. In Shaa Allah mommy boleh bantu :)



#mommyraihamommyshaklee
019-7268100
email: erashika@gmail.com