Sunday 1 June 2014

My Breastfeeding Journey with Shaklee

Entri kali ni mommy nak share pasal my breastfeeding journey untuk baby no.2.
Syukur Alhamdulillah, baby Dhia masih lagi menyusu direct walaupon next month Dhia dah nak masuk 11 bulan...
Kejap je kan masa berlalu...

Mommy akui susu mommy memang tak semeriah mana pon. Stok simpanan susu pon dah tak ada dalam peti sejuk. Mommy masih lagi mengepam di office 2 kali sehari...Hasil perahan tu la yang mommy bagi kat Dhia untuk bekalan di nursery.

Kali ni mommy nak share tips untuk ibu-ibu yang kat luar sana yang rasa susu badan makin lama makin kurang tapi masih lagi semangat nak BF kan baby.

Setiap orang Allah bagi rezeki kat hambaNya lain-lain kan. Macam mommy ni memang mommy perasan yang mommy ada masalah fussy-eater dari kecik lagi pon. Mommy memang akan memilih makan. Mommy tak makan sangat ikan, air suam pon kadang-kadang minum, kadang-kadang tak, sayur dan buah-buahan pon mommy jarang ambil.Mommy suka junk food, roti, pasta,mee..kalau tengok mommy punya food pyramid memang lansung tak seimbang, mommy suka ayam (bahagian kepak selalunya) dan mommy paling suka minum Milo. Kalau tanya mama mommy, memang mommy cerewet bab makan ni...tu dah jadi satu kebiasaan..paling teruk, kalau stress mommy tak ada selera makan.

Masa remaja pon berat badan mommy cuma 40 kg sahaja..kira ni underweight la sebab tinggi mommy 158 cm..so memang BMI tak okay..bila dah berkahwin dan mengandung, mommy cuma naik overall 3.7 kg sahaja sebab morning sickness terlampau teruk...Masa berpantang berat mommy 50kg. 

Mommy pernah story dulu yang mommy ada masalah kekurangan susu badan masa lahirkan anak pertama kan? Ye, jawapan paling simple kenapa kurang susu badan salah satu sebab dia ialah mommy punya diet pemakanan lansung tak seimbang, kurang minum air dan faktor emosi jugak...

Akhirnya mommy nekad nak ambil set menyusu shaklee dari seorang kawan mommy ni. Dia siap datang rumah melawat mommy berpantang...Mommy nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia sebab die kenalkan produk ni kat mommy. Masa mula-mula ambil set menyusu ni biasala ada perasaan negatif sebab takut susu still tak banyak lagi.. Tapi Alhamdulillah bila mommy ambil set menyusu shaklee ni memang tahap selera nak makan semakin baik, at the same time susu badan semakin banyak, susu badan jadi lebih pekat. Kalau dulu mommy pam susu dalam masa 30 minit boleh dapat 1 oz je, tapi ni kalau pam 30 minit dah boleh dapat 5 oz...

Syukur Alhamdulillah, mommy dah ada selera makan, mommy dah start ambil makanan yang seimbang i.e ikan, sayur-sayuran, minum air lebih dari 8 cawan sehari lepas tu badan mommy yang selalu keletihan dah tak ada lansung. Ni testimoni mommy yang mommy rasa nak sangat-sangat share dan bantu ibu-ibu yang ada masalah sama dengan mommy.

Nak tau dalam set menyusu shaklee yang mommy order mula-mula apa..

Esp + Alfalfa

Suplimen dua ni sahaja dah okay :)

Buat pengetahuan kawan-kawan semua, mommy still lagi menyusu kan Dhia. Mommy masih lagi mengepam di office (walaupon kadang-kadang sibuk) ..ehehe..

Okayla, setakat ni saja entri mommy. Kalau kawan-kawan kat luar sana ada pertanyaan or sebarang keraguan pasal produk shaklee terutamanya set menyusu ni boleh la tanya kat mommy. In Shaa Allah mommy boleh bantu :)



#mommyraihamommyshaklee
019-7268100
email: erashika@gmail.com

Monday 19 May 2014

Indahnya menjadi seorang 'Mommy'

Perasaan mommy masa mula-mula dikhabarkan mengandung adalah terlampau gembira. Ya, gembira sebab Allah memberi kita suatu rezeki yang tak terhingga nilainya. Mommy akui my first trimester went very bad..urm..tak tau la kan pada ibu-ibu diluar sana kerana masing-masing ada pengalaman sendiri bukan? Ada yang selera makan okay, ada yang tidak. Ada tu suami pulak yang macam mengandung.Macam-macam kan? Bagi pengalaman mommy masa pregnant anak pertama dan kedua tak banyak bezanya. Tapi benda yang sama ialah mommy tetap ada masalah kurang selera makan. Sebelum pregnant berat badan 55kg. Overall kenaikan berat mommy masa pregnant anak first tak sampai 4kg pon. Perut mommy pregnant 9 bulan pon macam 7 bulan je. Kecil? Errmm..ye..semua orang yang berada dikelilingi mommy rata-rata kata perut mommy kecil. Tapi Alhamdulillah, walaupon perut kecil, bayi nya sihat. Sepanjang mengandung anak sulung ni, mommy memang ada sindrom morning sickness yang melampau.Kadang-kadang boleh panggil night sickness pon sebab dia punya loya sampai ke malam. Penat je makan beriya-iya, akhirnya semua ke toilet jugak. Pernah tu tak sempat ke toilet, mommy dah selamat buang kat depan pintu je.

Persiapan Untuk Bersalin

Okay, persiapan nak bersalin ni mommy memang bulat-bulat follow my sister punya persiapan je. To be honest, mommy memang malas membaca and buat my own research and findings pasal nak jadi ibu especially part nak BF baby bagi ibu bekerjaya ni masa pregnant my first baby. Mommy macam tak ada mood time pregnant tu sebab mommy keep on thinking of my husband yang jauh di Miri. Mommy time pregnant selalu terbawa-bawa emosi yang entah apa-apa tu. Padahal bukannya suami susah nak balik pun. Akhirnya, atas desakan and support from my sister, mommy pun buat jugak my own preparation sikit-sikit. List ni mommy baca dekat satu blog ni, tapi mommy lupa dah kat mana. Kalau bakal-bakal ibu dah nak bersalin pastikan barang-barang yang dibawa disimpan dalam beg ye (lebih elok sebulan awal dari due date bersalin). Yang penting barang-barang ibu dan baby tu dibuat senarai dan tick (macam ala-ala checklist) in case takut tertinggal nak masuk dalam beg.

Barang-barang Untuk Mommy

  1. Baju, nursing bra, kain batik (2 atau 3 helai or more kalau nak especially kain batik in case darah banyak keluar)
  2. Tuala
  3. Maternity Pad (bawa lebih sikit. Mommy dulu bersalin hospital kerajaan so biasa nya memang tak de nak bagi pad lebih ni)
  4. Toiletries (Berus gigi, ubat gigi, shower bath, shampoo, perfume, sikat rambut, getah rambut etc)
  5. Disposable panties (mommy pakai disposable senang nak buang sebab darah ni susah nak hilang kalau dah ter'overflow')
  6. Selipar (nak masuk toilet senang or nak jalan-jalan around the wad..ehehe..mommy dulu suka jalan-jalan around the wad masa anak first and second ni..buat hilang boring :p)
  7. Cermin (ni penting..nak jugak tengok muka senonoh ke tak pas bersalin..ehehe)
  8. Extra plastic untuk baju-baju nak bawa balik basuh lepas discharge from hospital
  9. Extra tudung (mommy bersalin anak no.2 pakai tudung so masa tunggu nurse nak jahit, mommy muntah.Pastu mommy tak bawa extra tudung. Sepanjang kat wad tu mommy pakai anak tudung..aurat dah habis la time ni. Terukkan?huhuhu)
  10. Baju sejuk in case hospital punya aircond sejuk
  11. Phone and charger
  12. Botol air
  13. Buku / Majalah (kalau boring la.Tapi yang ni optional pasal mommy lagi suka berjalan kat dalam wad kalau boring-jangan ikut perangai mommy ni part yang berjalan tu ye. Ibu lepas bersalin digalakkan berehat sebenarnya)
  14. Sapu tangan (nak lap muka ke apa ke..senang..)
  15. Tissue paper (yang roll tu..nak lap bahagian sulit wanita especially kalau yang bersalin normal)
Barang Untuk Baby

  1. Baju & Seluar (2 or 3 helai)
  2. Tuala baby
  3. Booties, mittens & barut 
  4. Toiletries baby (minyak yuyi, vicks, bedak etc)
  5. Kain bedung baby (2 or 3 helai)
  6. Pampers (5 or more, tengok hospital kadang-kadang tak provide tapi kalau swasta rasanya macam ade bekalkan)
    1. Topi (penting masa discharge dari hospital takut panas ke apa..)
    List ni mommy buat based on my own experience dulu. Kalau ada mommy kat luar sana rasa macam tak lengkap, boleh la ditambah sendiri :)

    My best moment EVER!

    Sebelum mommy nak bersalin, ramai kawan-kawan office share experience mereka masa delivery. Hurm, yang ini memang betul-betul moment yang sangat-sangat indah. Kalau diingat balik memang kenangan yang tak boleh mommy lupakan sampai bila-bila. Hari mommy nak bersalin tu, mommy takut mommy overdue, tapi mommy semingggu awal pon bersalin anak pertama ni. Mommy risau sebab mommy dah ambil cuti awal (kena tolak cuti tahunan pulak tu. Ceh!) And then suami pon dah balik awal nak temankan mommy bersalin. Tapi akhirnya mommy start rasa contraction tengah malam hari Rabu. Mommy perasan dah ada tompokan darah sikit kat panties. Tapi contraction dia sangat mild. So mommy decide, esok pagi Khamis la we all ke hospital. Part ni mommy dah buat satu rumah kecoh sebab mama dah tak keruan nak dengar anak dia dah nak deliver-padahal belum lagi pon..ehehe..) Habis satu rumah, kena kasi gegar bangun siap suami pon tertidur kat sofa ruang tamu sebab nak jaga-jaga kot2 dah nak bersalin.

    Somewhere nak tengahari, barula mommy nak gerak ke hospital. Mommy pilih nak bersalin di government hospital sebab suami memang kerja government. Masa dekat bilik saringan, mommy dah bukak 4 cm, so terus kena masuk labour room. Boleh katakan dekat 6 jam mommy tunggu dia nak bukak sampai 10 cm. Sakit? Of course la sakit, sakit dia macam period pain tapi ganda 1000 kali la. Heheh..Mommy agak bising dalam labour room tu. Sian suami, penat tenangkan mommy. Tapi sebab terlampau sakit, so memang tak dapat nak buat apa. Doa yang my sister bagi suruh amalkan pun mommy tak dapat nak baca sebab contraction dia melampau sakit. Mommy just sebut "Allah" banyak kali. Masa dah tau baby dah nampak kepala, dalam labour room tu ramai la nurse dan doctor yang bantu. Garang jugak dorang2 ni sebab maybe dorang tengok mommy dah macam tak bermaya jek..lagi tak bermaya, lagi dorang ni bagi support ala-ala tentera. Akhirnya, my first baby pon keluar around 8.10 pm Khamis on 12 Jan 2012 (nice date kan?) Labour room pun no.12 jugak :)

    Seperti yang dah dijangka, is a baby girl. Mommy sangat teruja..Terkejut mommy lepas doctor sambut baby tu and letak dia kat perut mommy, mata baby bukak besar.Hehe..mata besar ikut mommy..Baby tak berat sangat pon dalam 2.95kg je, tapi overall dia sihat. Suara dia mula-mula dengar kalau part yang menangis pun agak kuat la. Masa tu mommy dah risau nape la die ni kalau menangis satu macam kuat dia..ni la cabaran yang mula-mula mommy perasan for my first daughter. 

    Mommy discharge from hospital sehari je pon lepas bersalin. Mommy mengaku, time sampai rumah mommy dah start rasa letih. Baby tak menyusu sampai hari ke tiga. Pastu baby pon kena jaundice. Nasib baik tak lama jaundice tu. Dalam kurang 12 hari baby dah takda jaundice. Ni pon thanks kat my sister sebab dia bagi susu perahan dia kat my baby. In fact, anak no.2 ni my sister still bagi susu dia kat my baby masa pantang. My sister memang banyak susu badan ye.heheh..rezeki la katakan..Pengalaman bagi BF kat my first baby memang dikatakan haru..haru sebab susu tak banyak keluar..hasilnya baby lapar dan menangis teruk. Pastu mommy ni dah la tak ada membaca sangat cara-cara dan teknik BF yang betul, so susu ni macam ado takdo yo..Frust? Of course la..Pulaknya mommy masa berpantang tak lalu nak makan. So ni akan effect susu kita ye ibu-ibu. Seelok-eloknya ibu yang berpantang dan menyusu kena makan gizi seimbang. Kalau tak, macam mana nak produce banyak susu? Yang ni mommy memang menyesal sebab my first baby menyusu direct sampai 6 bulan je. Tapi ikutkan masa baby 3 bulan, mommy dah campur formula masa nak hantar nursery. 

    Banyak yang mommy belajar masa berpantang anak pertama ni.Kat sinila orang panggil pengalaman banyak mengajar kita. Kalau mommy nak turn back time, mommy nak pusing masa part yang berpantang baby first sebab baby masa tu kuat menangis sebab mommy agak yang mommy tak buat teknik BF guna cara lekapan yang betul, pastu mommy selalu tengok jam bile BF kan baby. Tips yang paling penting kat sini bila BF baby, ibu-ibu jangan tengok jam bila baby nak habis menyusu. Ibu kena biar baby yang lepaskan puting tu sendiri. Akibatnya bila asik tengok jam, ibu akan rasa nak habiskan sesi menyusu dengan cepat dan akhirnya baby tak puas menyusu dan dia akan menangis. Yang ni mommy selalu kena sebab mommy tak sabar-sabar nak habiskan sesi menyusu. Menyusu kena tenang, sabar dan mesti fikiran positif. Apa yang boleh mommy simpulkan kat sini, bila nak menyusukan baby mesti amalkan perkara ni:

    1. Amalkan makanan seimbang
    2. Tenang kan fikiran dan positif minda
    3. Jikalau perlu kan suplimen untuk kesihatan, sila jangan abaikan pengambilan suplimen
    Ini melalui pengalaman mommy la. Mommy tak pasti ibu-ibu yang lain macam mana. Mommy sekadar berkongsi pengalaman :)

    Apa yang pasti, mommy bangga dikurniakan 2 anak perempuan. This is my best moment ever - being a mommy. Indahnya bila anak mula panggil nama kita 'mommy'.Mommy pasti, semua ibu kat luar sana mesti bangga bila pengorbanan yang kita hadapi samada susah atau senang selama proses mengandung, bersalin dan menjaga anak ketika sihat dan sakit berbaloi jua. 

    Salam sayang dari Mommy.Jumpa di entry yang akan datang pasal cabaran menjaga anak pertama :)
     
    My darling Qhaireen - 4 months old

    Saturday 17 May 2014

    Pengalaman Interview (part 2)

    Salam semua, ni sambungan entry part 1 ye kawan2..

    Selesai je interview untuk kerja Citibank tu balik rumah je mommy rasa frust.Frust sbb mommy tak jumpa jawatan yang mommy nak.Mommy selalu berangan nak kerja yang tak payah susah2 nak pegi inspection mcm buat valuation tu.Mommy tak nak keje buat report valuation.Sori ye kawan2, mommy tak kata kerja valuation tak best tapi baru2 ni mommy baru realised yg buat keje valuation ni best.Dah 6 tahun berlalu baru mommy tau tak semua keje kat tempat corporate tu indah belaka.Benefit memang bagus utk most of the corporate company.Tapi dalam dunia ni mana ada sempurna kan? Mesti la ada cacat2 here and there. Okay, berbalik pasal interview Citibank, mommy tunggu je kot2 ada call dari Kelly company tu whether berjaya or not.At the same time, mommy dapat call yg mommy dapat keje marketing kat area pelangi tu.Tapi again, mommy tolak jugak.Masa ni mama betul2 bengang ngan mommy sbb selalu sangat memilih. At last, Kelly tu call jugak dalam masa kurang sehari cakap yang mommy punya result bakal tau esok or lusa nya.Part ni mommy memang dah tawar hati pon nak join Citibank tu sbb keja tu kena cakap english.Mommy punya english masa tu boleh bagi rate 7.5 la.. (tak bape confident)..

    Last option, masa tu mommy dah give up cari keje (padahal baru 2 minggu menganggur je pon) tapi macam rasa 2 bulan tak ada keje..eheh..kebetulan mommy tengah main Friendster..dulu fames friendster ni sebelum ada facebook, ada la sorang senior mommy dulu dia message kat mommy tanya nak kerja ke tak? Of course mommy nak sebab dia cakap kerja ni under Hong Leong Financial Group. Dia bagi email HR kat mommy suruh sumbit resume.Mommy pon hantar la resume kat email HR tu.Ntah apa mommy goreng dalam email tu pon mommy dah lupa.Tapi memang jual diri la orang kata.Harapan tu ada sikit2 tapi mommy tak 100% yakin nak dapat. Nak dijadikan cerita, masa tu hari rabu, mommy dapat call yang mommy berjaya dapat keja Citibank tu.Okay, masa ni dah teruja sbb nak keja kan..jadi mommy paksa diri amik jela keje ni.Pastu orang tu suruh bukak akaun nak masuk gaji kat public bank.Mommy pon pegi public bank.Tengah2 bukak akaun tu dapat call dari HLFG tu suruh attend interview isnin.Masa ni mommy dah keliru nak pegi ke tak.Buku akaun dah siap ni.Mommy kelam kabut call mama tanya nak pegi ke tak sbb keje ni kat KL.15 minit je mommy pikir, pastu mommy decide tolak Citibank and pegi KL.

    Walaupon tak tau dapat ke tak, mommy nekad nak pegi jugak.So, mommy pack baju untuk 1 week nak pegi interview.Okay, part yang ni nanti mommy sambung lain entry yela.Kenangan interview ngan Hong Leong ni la yang paling tak boleh lupa sbb mommy keje paling lama kat sini nak masuk 6 tahun.. (byk best moment la kat sini..kalau sambung taip ada yang nangis ni..huhu..) 

    So..setakat ni pengalaman interview yang penah mommy attend lepas habis exam digree 2008.In syaa Allah, entry yang akan datang nanti mommy update lagi ye..

    Pengalaman Interview (part 1)

    Entry kali ni mommy nak share pasal my past experienced interview tak kira la jawatan kerajaan or swasta..Malam2 macam ni mommy selalu susah nak tidur ye la sebab mommy ni jenis yang kalau kepala serabut je mula la terkenang2 perkara silam..total jam mommy tidur sehari less than 5 hours biasanya..

    My first pengalaman selalunye buat mommy lagi la akan terkenang sampai bila2..6 tahun lepas bile mommy dah habis je final exam tahun 2008, mommy terus balik umah di jay bee. Mommy tak penah nak mimpi pon nak stay kat KL ni..sbb masa tu boyfriend (now is my husband) kerja di JB. So harapan menggunung yang akan kerja di JB. Parents mommy encouraged cari kerja (gila2 cari kerja ye) suruh apply apa saja jawatan kosong yang ada. Agak perit jugak sbb baru je habis exam not less than 2 weeks tapi terus nak kena cari kerja. Mommy mengaku it was my tough experienced ever sbb mommy tak ada knowledge pasal interview.

    Mommy cekalkan hati walaupon masa tu mommy tak suke pon nak pergi interview tu pasal jawatan tu was not related to my field pon.Mommy sgt memilih masa tu for the sake of getting my reputation as digree holder tak jatuh..Kelakar pon ada sbb jawatan yang ditawarkan tu sapa2 pon boleh apply sampaikan orang yang interview tu tak baca pon resume mommy.Dia kata kalau berminat nak cari duit, inilah kerja yang sesuai.Oh ye, jawatan tu is call centre and marketing (selalu korang mesti penah dpt call suruh amik offer   holiday tapi tolak guna credit card kan?) Hehehe..akhirnye mommy tolak pon kerja tu.Of course dapat tapi mommy tak ambil sbb mommy tau buat sales and marketing ni perlukan target.I hate target!

    Next weeknye, mommy pegi lagi satu company ni.Semua interview yg mommy pegi ni mama yang pilih.Tinggal bawak diri pegi interview je pon.Kali ni jawatan Admin Assistance dekat Smart Reader Kids (kat bank islam BBU).Mommy mana la ada experience pon admin work ni..tapi rasa mmg tak yakin nak amik kerja ni jugak.Gaji die bagi RM850.Okay la kan..eheh..Tapi sayangnya Principal Smart Reader tu kata terus terang mommy tak layak pon jawatan ni sbb dia nak bagi chance kat orang yang betul2 layak dan memerlukan kerja ni.Tapi Principal tu tanya kat mommy 'Minat tak nak jadi teacher Maths?' Dia kata kebetulan nak pakai teacher.Gaji pon agak lumayan (utk org fresh grade la).Dia beriya2 tanya mommy nak ke tak.Tapi masa tu mommy nak kerja ikut field.So mommy turn down the offer (dah tua mcm ni baru mommy menyesal tolak kerja tu). Mommy balik rumah, mommy kata kat mama tak dapat keje tu.Padahal dapat, tp jawatan teacher la.Rasa menyesal tak ambil sampai sekarang!

    Hari berikutnya mommy attend lagi satu interview kat area pelangi.Jawatan marketing. Mommy tak sure company tu jual ape, tapi rasanya company macam ala2 jual shaklee gitu la.Orang yg interview tu female muslim.Sangat baik.Dia kata kalau bos die approve, maybe mommy dapat kerja tu.Tapi mommy wish that orang tu tak hire mommy la.Of course,  saya orangnya memilih!Tapi dalam minggu yang sama jugak, mommy pegi satu company yg cari kerja (dekat City Square Jb ..ape ntah Kelly something la).Ada ujian menulis bagai..English essay la maths la..Pening menjawab.Pastu 2 hari lepas tu mommy kena attend interview utk customer call centre Citibank Singapore based kat JB.Inilah interview paling lama dalam sejarah sbb dekat 4 jam selesai.Siap ade presentation, mock up call la apa bagai la memang penat! Mommy tak tau dapat ke tak kerja tu pada hari yang sama.Tapi mommy rasa that memang hancus la interview tu.

    Okay, nanti mommy sambung part 2 pulak ye pasal interview kat atas ni dapat ke tak.Selamat malam :)

    my first experience

    Alhamdulillah..ini adalah entri pertama saya dalam dunia blog. To be honest,mommy tak pandai menulis dan juga berblog.Ruangan first ni bak kata orang just nak try saja..mana la tahu ada bakat terpendam nak menulis kan? 

    Hari ni mommy nak share pasal satu produk yang mommy guna dalam proses berpantang dan juga breastfeeding untuk baby no.2. Alhamdulillah..makin hari makin mommy suka dengan produk ni. Nak dijadikan story, 2 years back, mommy bersalinkan anak first dan hari first lepas discharge hospital, mommy rasa penat (maybe sebab kita penat meneran or apa..tak sure), tapi mommy asik nak tidur je sampaikan baby tak dapat nak BF ngan mommy sebab mommy rasa yang amat letih..kebetulan time berpantang tu kakak mommy pon baru je habis pantang (kami berpantang dirumah mama di jay bee)..so dirumah mama ada 2 baby, baby mommy is baby gurl la kan..anak kakak mommy is baby boy..mommy dok perhatikan kakak mommy ni dia sangat2 determine BF baby dia (yup dia seorang ibu yang dedikasi)..ehehe..entah kenapa kakak mommy susu badan dia sgt2 banyak (rezeki Allah bagi kat dia la kan), mommy yang baru dua tiga hari bersalin ni selalu tengok kakak ni semangat everytime nak bagi BF kat baby dia. Penah juga tanya kat kakak "Kakngah ni tak penat ke menyusu? Era ni rasa asik penat dan takde mood nak bagi baby susu..tapi hati ni memang nak bagi Qhaireen BF.."

    Ya, itulah perasaan mommy masa menyusukan my first baby. Hasilnya selama berpantang, badan mommy selalu rasa penat yg terlampau, asik mengantuk dan rasa tak cergas. Bila part nak kumpul stok susu untuk naik kerja, susu mommy tak la banyak pon..ada la dalam 20 botol yang berisi 5 oz satu botol setiap satu..alahai..Bila naik kerja (kebetulan time tu suami masih bekerja di miri), mommy ni suami jauh..so mommy kena uruskan hantar baby dan ambil baby sendiri kat nursery tanpa suami..tapi kadang2 kakak mommy tolong ambil sebab mommy balik kerja lambat jugak..lepas balik kerja nak BF baby..malam kena bangun BF baby jugak..penat sangat..so akhirnya mommy tak dapat nak fully direct BF kat baby sebab susu makin lama makin kurang (atas dasar takde mood sebab badan penat). 

    So, masa my first baby baru nak masuk 10 months, mommy dapat tau mommy pregnant lagi. Masa tu dah berazam nak fully BF my 2nd baby. Tapi masa mommy dah nak bersalin baby no.2, mommy tercari-cari nak ambil suplimen kesihatan untuk avoid masalah penat dan letih terlampau masa berpantang. Kakak mommy ni ramai kawan, so dia dok cerita kawan dia ada jual satu produk ni , nama dia Shaklee. Masa dok dengar cerita dia ni, mommy still lagi macam pikir negatif nak guna untuk diri sendiri sebab tau pil shaklee bukannya murah, lagi satu pil la kan. Mommy penah order Shaklee ni pon untuk anak mommy yang first masa umur dia 1 tahun lebih sebab dia selalu susah nak berak dan takda selera makan..Alhamdulillah, memang berkesan la (yang ni mommy cerita keberkesanan Shaklee untuk kesihatan kanak-kanak kat entry lain ye). Kakak mommy cerita bagus untuk banyak kan susu badan katanya disamping jaga kesihatan ibu dan lain-lain la. Masa mommy dah bersalin kan baby no.2 ni, mommy ade masalah lagi bab susu badan kurang ni. Kali ni berpantang mommy rasa badan lagi sakit2 and then melampau2 penat dan lagi teruk dari masa berpantang yang first baby. Entah macam mana, lepas 3 minggu bersalin, mommy nekad nak ambil produk Shaklee ni pastu mommy order dengan kawan dari FB (dia ni independent distributor). Mommy order Set Menyusu (Alfalfa dengan ESP).

    Lepas lebih kurang dekat 1 week mommy consumed alfalfa dan ESP ni memang nampak perubahan besar la kat kesihatan mommy. Mommy takda dah rasa sakit dan lemah badan bila nak menyusukan baby, mommy tak mengantuk kalau BF baby waktu malam, susu mommy pon alhamdulillah makin meriah dan agak pekat. Mommy jadi cergas bila ambil Shakklee ni. Mommy recommend sangat2 untuk mommies2 kat luar sana kalau ada masalah sama macam mommy ni. Dari situ mommy tau, teknik nak kekal menyusu badan adalah kita sihat fizikal dan minda. Maksud mommy sihat fizikal tu badan tak penat dan letih, pastu bila fizikal sihat, maka secara tak lansung minda pon tak stress.Kalau minda dah stress, susu pon tak nak keluar.

    Okay lah, panjang lebar jugak entry mommy untuk first entry ni. Nanti mommy nak kongsi lagi experience mommy pasal produk Shaklee kat entry2 yg berikut.

    Thanks for reading ye kawan2.

    My first baby Qhaireen masa 3 bulan